Isnin, 2 Februari 2015

Palace Vacation Club - Pakej keahlian kelab yang menguntungkan atau sebaliknya?

Baru-baru ni isteri saya telah mengajak saya untuk mendengar talk pasal Palace Vacation Club yg bertempat di Palace of the Golden Horses. Pastinya korang pernah dengar pasal kelab percutian, ataupun pernah mendapat panggilan dari agen-agen ni utk dengar talk. Sebenarnya, saya pun entah berapa banyak kali dah terima panggilan telefon serupa ni utk beberapa tahun yg lepas, tapi saya terus cakap tak berminat je. Apa yg agen-agen ni pancing adalah, pergi je dengar talk, beli ke tak beli keahlian, kita akan dapat satu voucher percutian ke salah satu hotel dari rangkaiannya.

Isteri saya ckp, takpe kite dengar je pastu tak yah la sign up, at the end of the day, kita dpt voucher hotel percuma. OK fine, saya pun setuju.

So, kitorang satu family pun pegi lah ke tempat tu pada petang hari Sabtu. Hotelnya pasti korang semua tahu kat mana. Hotelnya memang besar dan mempunyai senibina yg menarik. Tapi saya rasa, hotel ni design di dalamnya mcm dah lama dan patut diorang ni upgrade la sikit.


Hotel ni mmg under utilize la, bilik banyak sangat , tapi org takde. Suraunya juga berbau hapak, mungkin takde org nak maintain agaknya.

Bila dah sampai, diorang tunjuk gym, swimming pool dan tasik yg ada bot. Gym dia kecik je dan tak banyak peralatan sangat. Swimming pool biase je. Bot ride tu je la yg rasa ada kelainan sikit.


Then diorang pun bawak gi naik boat ride ni pusing pusing dlm 10 minit camtu la



Lepas dah habis semua ni, plus all the crap yg agen ni cerita, barula cerita pasal membership ni. Utk dipendekkan cerita, ada pakej, satu gold satu diamond. Agen ni offer package gold, yg mana harganya adalah RM28k utk keahlian selama 38 tahun. Itu pun dah diberikan diskaun 20% daripada harga asalnya RM35k. So kitorang kene bayar deposit 30% which is RM8400, yg selebihnya ansuran bank, bayar bulanan melalui potongan kad kredit sebyk RM326 selama 5 tahun atau RM233 selama 7 tahun. Setiap 2 tahun kene bayar maintenance fee iaitu RM429. So ahli dpt 7 malam penginapan percuma di mana mana hotel bawah seliaan kelab ni utk 2 tahun.

So faham?

Membership fee = RM28k
Maintenance fee = RM429 / 2 tahun

Ahli dapat 7 malam penginapan percuma utk 2 tahun.

Dia ada lagi kalau kat tempat tu takde hotel rangkaiannya e.g Korea, dia ada mcm affiliate kelab dia, tapi tu kene tambah duit lagi. Ataupun kalau tak mau tido , boleh convert pegi buat bende-bende kesihatan which i dont want to explain in detail here.

OK

Adakah pakej ni sebenarnya murah?

Cuba kita kira balik ongkosnya

Membership fee = RM 28,000
Maintenance fee utk 38 tahun = RM 8,151

Total sebenar = RM 36,151

Jumlah hari penginapan "percuma" (setiap 2 tahun dapat 7 malam) utk 38 tahun = 133 malam


Jumlah yg kita perlu bayar utk hotel semalam RM 271.81

TAPI, ini kalau kita ambil secara purata utk 38 tahun......

Kita kene ingat, kita bayar ansuran kad kredit dekat bank selama 5 tahun, so utk 5 tahun pertama kita kene bayar

Cuba amik kira perkiraan utk 2 tahun (sebab pakej ni utk 2 tahun)

Maintenance fee = RM 429
Bayaran bulanan = RM 326 x 24 bulan = RM 7,824
Total = RM 8,253

Bahagi dengan 7 hari so kita bayar RM 1,179 semalam utk bilik !!!!!!!

Hotel hotel yg dia ada mmg actually tak banyak, so mmg kene guna dia punya affiliate club which kene tambah duit lagi !!!!!

Saya respond balik kat dia camni, baik amik loan ASB. Pinjam RM 50k, bulanan bayar RM 305 sampai 30 tahun. Setahun busuk-busuk pun dpt dividen dlm RM 3,750 pastu darab dua dapat RM7,500 (utk 2 tahun). Kalau kita buat camni, kita dpt stay bilik berharga RM 1,071.43 utk 7 malam. Rasa rasa korang bilik apa yg harga sampai seribu? Bilik Hard Rock Hotel kat Penang yg Lil Rock Suite tu pun baru dlm RM 750 semalam weiii!!!! Cukup 30 tahun, korang dpt 50k dalam ASB. Yg ni lepas 38 tahun dpt apa? Dapat memori, reply agen tersebut. Hehehehe.

Agen tu argue, makin lama, harga hotel makin naik, betul, tapi dlm situasi market kita, harga dah tak boleh naik banyak sangat dah, banyak sangat naik org komplen. Plus, akan ada je org pikir camne nak dpt service ni dgn harga yg termurah. Contoh Air Asia, pernahkan dulu kita terfikir ada org boleh jual tiket kapal terbang harga RM 10, RM 50???

Utk hotel, kita ada macam Agoda, expedia dan yg terbaru Trivago. Agen tu kata hotel palace ni semalam dlm 800, haha! Rasa cam nak tergelak pun ada.


Dalam Agoda pun boleh dpt dalam 270 je semalam tempat ni.....

Dengan kata lain, agen ni tak dpt meyakinkan saya yg join kelab ni mmg dpt hotel yg betul betul murah dan berbaloi. Rasa cam tak berbaloi je, tak tau la, apa kata anda?

So, mmg tak sign up lah. At the end of the day dia pun kasi voucher penginapan seperti dijanjikan, TAPI.....

1. Voucher tu valid 2 bulan je
2. Boleh book utk hari Isnin sampai Khamis je
3. Cuti sekolah, cuti umum, hari minggu dan hari menjelang cuti umum tak boleh guna
4. Tak boleh pindah milik
5. Kena booking melalui special counter yg dibuka hanya pd hari bekerja Isnin - Jumaat
6. Kena booking 2 minggu sebelum hari yg kita dah pilih tu

List hotelnya:

1. Country Height Resort Kajang
2. Perdana Beach Langkawi
3. Equatorial Cameron

Kene book 14 hari sebelum maksudnya kita ada 46 hari je yg boleh pilih. Dan nak book kene pegi hotel palace ni, tak boleh call.

Hmm... mcm x ikhlas je nak bg voucher ni. So voucher ni, buang tong sampah je la.

So aku ada rasa tertipu sikit utk voucher. Mmg tak patut apa yg diiorang buat ni, nak bagi tapi macam tak nak bagi. Harap takde org lain yg tertipu camni la.


Anyway, pada saya walaupun lebih kurang 4 jam jgk masa kitaorg yg terbuang dgn pergi dgr talk merapu dan buang masa ni, saya dpt satu pengajaran beharga. Pengajarannya, jgn mudah tertipu dgn kata2 manis yg dijanjikan. Bersiap sedia dgn kalkulator. Kalau diaorg pandai mengira, kita pun sepatutnya lebih pandai mentadbir kewangan kita. X murah mana pun pakej hotel yg ditawarkan. Silap haribulan boleh dpt harga yg murah lg. Atau mungkin dpt hotel yg lagi best dgn harga yg didakwa lg murah tu. Lock harga utk tempoh 38 thn akan dtg? Ermmm.. sesuai dgn harga le kot tp dgn keadaan hotel yg makin memburuk. Bilik hotelnya biasa2 je kot. Sama je standard cam hotel2 yg saya pernah pergi. Cuma x nafikanlah rupa dr luar tu nmpk gah. 

One more thing, kalau korang betul2 le nak beli pakej ni yg korang rasa berbaloi. Pastikan yg korang pandai menawar. Frrst time bila kitaorg tolak taknak beli pakej ni, dtg sorang mamat melayu ni attend plak. Bila saya keluarkan teori-teori saya mcm ASB tu, diaorg hantar sorang lagi mamat ni. Kali ni lagi teruk. Dia offer kitaorg pakej percubaan utk sethn plaklah. RM3,888 sethn. Rasa cam bodoh bertingkek- tingkek le plak kalau pi amik pakej tu. RM3,888 utk 7 malam penginapan percuma!!! X ke dibangangkan buta-buta gitu je. Apapun pilihan ditgn anda. 


Jumaat, 30 Januari 2009

Jalan-jalan. Part IX: Dari stesen feri jalan balik ke Chinatown

Teruskan perjalanan
Sudah sampai Broadway
Ayahkapak, Quek dan Eugene.
Bursa Saham New York.
Ini George Washington.
Dari depan, bursa saham.
Peta Downtown, Manhattan.
Kalau hari biasa, jalan ni memang busy.
Belakang tu le tapak bangunan World Trade Center, 2 bangunan yg runtuh dulu. Sekarang diorang nak buat bangunan baru.
Sekarang nak buat 4 bangunan (tower).
Tinggi.
Ni pun saham gak.
City Hall Park.
Dekat Brooklyn bridge.
Tu Manhattan Bridge.
New York!!!!!
Semua sekali.
Kat jambatan ni la banyak pengambaran filem dijalankan.
Sejarah perasmian jambatan.
Kedai-kedai
Pedang die tersangkut.
Kuda utk naik utk sight seeing.
Banyak tempat nak shopping.
Nak jadi apprentice? Disney store.
Bomba
Jam mahal.
Ni Trinity Church, cerita National Treasurer to diorang amik dlm ni le.
Rockafella..
Ice skating.
Dah sampai balik Time Square!
Pandangan pada siang hari.
Well finally kitorang sampai Chinatown dan balik ke Wellmington. Dua hari trip, dua negeri dan lebih kurang 20 jam berjalan. Perjalanan yg sangat menarik.